jangan ingatkan, apakah kau diingati,
jangan hendakkan, apakah kau dikehendaki?
si pemilih terlupa pada hati,
mungkin kerana terlalu pahit untuk diingati,
apakah tidak terlalu lambat untuk ini?
si pemilih bertanya sendiri,
akal selama ini terkunci,
kerana jiwa mengikut hati,
akal terkunci sepi,
mungkin salah, mungkin benar.. tidak pasti
kata orang,
ikut hati mati,
ikut rasa binasa,
kataku,
ikut akal?
kenapa tidak dari dulu?
wassalam..
kitalah si pemilih
No comments:
Post a Comment